Wish Come True : Ke Korea Ke Kita Palace Trails

12:18 PM



Pemgembaraan menjelajah bumi korea telah bermula ( ayat nak gempak).  Sampai saja airport terus cari subway ke kota seoul sebab kena kejar masa yang banyak habis kat Immigration waktu kat airport. Before naik subway kita g top up subway card dlu n jangan lupa beli susu pishang k...(lazat sungguh hingga ketitisan terakhir aku sedut)...

Gambar Ehsan En.Google




Aku dan adikku Awi menaiki subway ke kota seoul dengan backpack yang gedabak besar...Tapi check in start kul 2 pm, jadi mengikut perancangan kita simpan beg dulu kat seoul station di Travel Premium Centre..  Kemudian menaiki subway dari seoul station line 1 ke Gyeongbuk station line 3 tp kena tuar dulu kat Jongno 3 (sam-ga) ....Kebanyakan pengangkutan sepanjang travelog ini bas, subway dan kaki...hehehehheee... tapi tiap kali kuar subway, teruja sunggu tengok escalator dan tangga depa yang macam tangga Batu Caves saja.....

Nampak tangga dia *faint*


Warning: kasut perlu selesa dan disaran memakai kasut sukan yang selesa untuk perjalanan....nak stylo boleh tp nanti kaki dah x rasa kaki susah plk....



First destinasi kita Gyeogbukgung Palace. Rezeki pulak ada event kat palace tu, cadang nak tenguk changing guard ceremony jea. Palace di terletak di tengah tengah bandaraya dan jalan yang sibuk....sangat unik rasanya berada dia tempat bersejarah dalam bandar metropolitan.


pertunjukan pertarungan kot since semua bawa pedang bagai

Tiket masuk Gyeogbukgung Palace nie boleh beli sngle entry or beli intergrated ticket. Intergrated ticket adalah tiket masuk untuk 4 palace iaitu Changdeokgung palace (Huwon dan Secret Garden), Changgyeonggung Palace, Deoksugung Palace,Gyeongbukgung Palace dan Jongmyo Shrine dengan harga KRW10,000. Palace nie sangat BESAR okey....Kitaorg tak pergi semua palace walaupun beli intergrated ticket sebab dah sesat larat lagi penat sangat sampai nak tercabut kaki.

Tapi scene kat palace depa dangat cantik dengan pokok musim luruh lagi....fallen in love sat....time kami pergi orang sangat ramai owkey....nampak kepala orang jea....bahhahahahahaa...

See ramai kan bukan pelancong asing jea tapi warga mereka juga ada




sangat cantik itu pokok bukan model k *pfffff*

itu ginko tree walaupun cantik tapi pokok nie berbaur...*busuk*

guard Gyengbukgong Palace *serious je jarik janggut tu baru tau*
Bertentangan dengan Gyeongbukgung Palace adalah Gwanghwamun Square. Sepanjang jalan menghala ke Square tu ada event dan jualan makanan dan barangan...rambang mata wei..dah la sejuk penat berjalan lagi rasa nak mencekik jea tp bab halal tu susah sikit la sebab rata yang jual tu x berapa faham english.

Ditengah Gwanghwamun Square terletak satu tugu pemerintah mereka iaitu King Sejong The Great...if di Malaysia kita ada tugu negara but for them King Sejong The Great.

I rembat bendera tu sebab budak2 tu duk hulur2 so kita kan sopan amik jea la....



Next destination is bukchon hanok village..tp just laluan saja untuk menghala ke  Changdeokgung palace. Buchok hanok village adalah datu kawasan perumahan yang masih mengekalkan bentuk-bentuk unik rumah tradisional korea.Di sebabkan nak kejar masa dan  dah sesat nak cari rumah tradisional tu lagi so kita terus ke palace yang seterusnya.

Pintu masuk ke Buchok Hanok Village *kagum*

Changdeokgung Palace




ok hanok village adalah datu kawasan perumahan yang masih mengekalkan bentuk-bentuk unik rumah tradisional kor  .. Dalam Changdeokgung Palace ada dua bahagian iaitu Huwon dan Secret Garden...tetapi nak masuk Secret Garden kena ada guide yang disediakan mengikut beberapa slot dan pelbagai bahasa. Malang betul bila dapat guide bahasa Mandarin....so kita gerak sendiri jea la...bukan faham apa dia cakap...mat saleh sekali dengan kitaorang terangguk-angguk jea...eleh macam faham jea..poyo betul...

Nampak yang beratur tu untuk masuk Secret Garden dan yang sebelah tu pintu masuk huwon.


Untuk yang beli intergrated ticket anda kena redeem tiket kat kaunter yang ditepi...just bagi intergrated ticket nanti dia bagi tiket lain untuk masuk.kitaorg just masuk secret garden jea...besar giler nasib x ikut guide kalau  tak  lambat habis.....








Tempat anak raja baca buku kot *terpengaruh cite korea*





Last palace adalah Jongmyo Shrine, fallen in love dengan pokok dalam palace ini....pemandangan yang mendamaikan *ayat pffffttt*.

Jongmyo Shrine scenery




Selepad tour completed, balik semula ke Seoul Station untuk amik beg then gerak terus ke Hostel. Oleh kerana bajet pengembaraan kali ini sedikit so hostel yang murah dipilih dan kedudukan hostel yang bukan dikawasan pelancongan iaitu Hostel 5th korea yang terletak di kawasan Seumgum Ho Station....sangat dekat dengan Subway...dalam 10 minit berjalan kaki sahaja...


지도 사진
Gambar Ehsan En.Google




지도 사진
Sepanjang jalan ada kedai so nak beli apa2 senang



After bayar kat receptionist then rest utnuk beberapa jam then late lunch...nasi instant boleh beli kat Family mart sebelum hostel dan Sambal bilis mak.....uhuhuhuuhuhuuhuhhh....




Twin Room KRW39,000/per night *Gambar ehsan en.Google*

Cita-cita nak makan malam Ikan Bakar Dongdaemun la kiranya namun dua2 terlajak bangun sudahnya kuar hostel kul 8.30 mlm....bila pergi kedai ikan bakar di kawasan Dongdaemun kedai ikan bakar dah habis stok....okey merayap cari makanan dengan perut lapar....jalan punya jalan sampai satu kawasan kwangja market kot kalau tak salah sepanjang jalan ada jual makanan tapi tidak halal owkey...

tp satu gerai tenguk mak cik tu jual vege bibimbap so apa lagi order la....tp makan tu x berapa kenyang sebab sayur kan kenyang sementara jea...balik telan maggie...bahaahhahahahaaaa

Vege Bibimbap



 Kimchi




Perjalanan balik melalui Cheongyecheon Streem.....air sungai yang mengalir perlahan dan air yang sangat jernih sampai nampak dasar sungai...sangat nyaman sambil angin bertiup kuat seikit...sejuk mak ai....nasib bukan musim salji kalau tak sungai ini akan beku tau...malam minggu di sungai ini ada pertunjukan peragaan *ayat baku sangat*...konsep yang menarik atas sungai pentas dibuat dan model semua ahjumma-ahjumma (Makcik-makcik la kiranya)

menyusuri tepian sungai


Unik kan.....penonton pun ramai

Disebabkan malam masih muda, kitaorg ronda-ronda sekitar Dongdeamun Shopping area. Tempat di terkenal dengan fadhion-fadhion serta barang-barang borong...jika anda datang berkumpulan selebih dari sepuluh orang ini adalah tempat anda memborong pakaian k....jom tengok gambar!!!!!!!!!





giler ramai nampak kepala saja





Ada konsert tp x sure sapa artis nya






Dah habis ronda-ronda kosongkan perut, moh kita balik bilik untuk supper time (apa lagi maggi la ) dan tidur...

Tunggu sambungan yang seterusnya ok....





















You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images